
Swivel
adalah sebuah alat kecil yang terbuat dari logam yang memiliki bentuk
seperti dua buah cincin yang terhubung bersama, namun kedua cincin ini
dapat berputar secara bebas secara bersama. Swivel biasanya dipakai pada
rangkaian pancing untuk memudahkan pemasangan senar ke rangkaian mata
kail, swivel sekaligus merupakan alat untuk menyeimbangkan mata kail
saat berputar, baik pada saat terkena arus air maupun saat umpan
termakan ikan dan terjadi tarik ulur. Penggunaan swivel berguna agar
senar tidak menggulung dan kusut pada saat memancing, karena swivel akan
berputar sesuai dengan beban tarikan mata pancing.
Penggunaan
swivel sangat berguna jika anda menggunakan senar monofilamen, mengingat
daya lentur senar ini yang kurang. Senar monofilamen terkenal mudah
kusut jika terkena tarikan, dan akhirnya senar mudah menjadi ruwet jika
digulung di dalam reel. Penggunaan swivel akan mengurangi kemungkinan
senar bergulung – gulung dan menjadi kusut karena alat ini akan selalu
berputar secara bebas.
Jenis-jenis 'Swivel'
Terdapat
empat (4) jenis 'swivel' dipasaran yang digunakan oleh pemancing dimana
setiap jenis mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
a. Barrel swivel

Ini
adalah jenis yang paling popular digunakan oleh para pemancing.
Terdapat 2 (dua) jenis bagi swivel jenis ini iaitu dari jenis lurus
("straight") dan dari jenis "twisted eye". Swivel jenis ini boleh
didapati dalam warna kilauan (Chrome), loyang (brass) atau hitam. Jenis
ini adalah murah, walau bagaimana pun ianya tidak begitu sesuai
sekiranya digunakan untuk menunda (trolling) atau untuk bertarung dengan
ikan yang berat dan besar. Ini disebabkan ianya mungkin lurus
dipenjilidan (binding) disebabkan tekanan . "Barrel Swivel " amat
bersesuaian untuk kegunaan memancing dasar, "bottom" atau pun "casting"
untuk ikan yang sederhana besarnya.
b. Ball bearing swivel

Jenis
ini adalah yang paling kuat sekali dan amat bersesuaian untuk kegunaan
bagi menunda (Trolling) dan memancing ikan yang besar dan ganas.
Terdapat dalam 2 warna iaitu hitam dan kilauan (chrome). Harganya lebih
kurang 3-4 kali ganda dari jenis 'barrel swivel'. Swivel ini mempunyai
kacang kacang (ball bearing) didalamnya dan akan berputar dengan baik.
c. Chain swivel

Jenis
ini adalah amat sesuai untuk trolling dan mempunyai rangkaian 'barrel'
untuk menentukan bahawa ia akan berputar apabila digunakan.
Swivel
jenis ini boleh didapati dalam warna kilauan (Chrome), loyang (brass)
atau hitam. Ianya tidak begitu sesuai digunakan untuk pancing dasar oleh
sebab kemungkinan tali pancing terserat padanya .
d.Three-way swivel

Jenis
ini adalah diperbuat dari loyang (brass) dan mempunyai 3 (tiga)
simpulan yang diikat pada cincin pada jarak yang sama. Kegunaan simpulan
ini adalah untuk memisahkan umpan dari batu pemberat . 'Swivel dari
jenis ini amat lemah sekali dan selalunya tigak berputar yang
mengakibatkan tali akan berbelit. Ianya selalu digunakan untuk memancing
di dasar.
Snap swivel

Selepas
memahami kegunaan 'snap' serta 'swivel' kita boleh membelinya
berasingan dan menyambungnya mengikut citarasa tersendiri atau kita
boleh membelinya sebagai satu yang di panggil "Snap Swivel" Apa pun
kegunaannya adalah sama yaitu menyambung tali utama pada taliperambut
atau umpan tiruan serta menentukan bahawa tali tidak berbelit atau
bersimpul semasa memancing.
Harga swivel berkisar antara Rp. 300 hingga Rp. 10.000 tergantung bersar, jenis, serta bahan yang digunakan.
Swivel
dijual dalam beberapa ukuran yang disesuaikan dengan kebutuhan para
pemancing, terdapat berbagai macam warna swivel yang paling umum dipilih
adalah warna perak khas stainless steel. Penggunaan baja anti karat
bergunamencegah karat yang muncul, apalagi jika anda menggunakan
rangkaian pancing ini pada pemancingan di laut. Sebaiknya anda
menggunakan ukuran yang kecil saja, tidak ada aturan baku dalam
pemakaian swivel namun anda bisa menggunakannya disesuaikan dengan
kekuatan senar dan besar ikan sasaran.
Jika anda sudah memiliki
swivel yang sudah lama dipakai sebaiknya anda sering mengecek daya
putarnya serta memeriksa sambungannya sehingga terbebas dari karat. Jika
terdapat karat pada swivel tentu saja akan mengurangi daya putarnya dan
memungkinkan kekusutan terjadi pada senar anda. Selamat memancing
Tidak ada komentar :
Posting Komentar